Search

TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 66)

Kabul, Af...

  • Share this:

TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 66)

Kabul, Afghanistan (I) ( 2014/2015)

(Monologue: Saya awalkan cerita ini dalam siri ini sempena kepulangan Taliban ke tampok pemerintahan).

Kabul sebuah bandar cantik, bersih & romantik. Ia digambarkan sebagai Paris di Asia. Saya tidak dapat gambarkan kecantikkan kota Kabul yang diislamkan salah seorang tabiin hampir 1300 yang lepas. Saya juga tidak dapat bayangkan saya akan berada di Kabul yang masih bergolak. Bom letup diri sana sini. Semua bangunan kerajaan & hotel menjadi sasaran mudah peluru Klensikov atau bom.

Syarikat saya Amanie Advisors di Dubai mendapat kontrak dari sebuah agensi penderma Eropah bagi membangunkan sistem perbankan Islam di Afghanistan. Ia akan diselaraskan oleh bank negara Afghanistan (DAB). Saya teragak2 nak ambil sebab saya & rakan2 kena pergi Kabul beberapa kali sepanjang setahun kontrak ini. Namun, tawarannya amat menarik & syarikat saya di Dubai kekurangan pendapatan. Inilah realiti bisnes. Kalau kerja makan gaji dengan pihak kerajaan, kita tidak sedar pun cabaran aliran tunai & kecukupan pendapatan bagi membayar gaji pekerja & perbelanjaan.

Dengan penuh hesitation, saya tandatangani kontrak ini. Pertama kali saya menaiki pesawat dari Dubai ke Kabul jam.7.30 pagi menggunakan pesawat Emirates Airlines, saya terkejut. Ada 5 penerbangan ke Kabul setiap hari dari Dubai. Malah syarikat besar seperti Emirates terbang ke sini. Atas kapalterbang, separuh adalah warga Afghan & separuh lagi orang luar kebanyakkannya warga China & Eropah.

"Apa yang hebat sangat ada di sana sehingga pesawat kerap & penuh?" tanya saya di hati.

Di atas udara, saya tidak fikir projek sangat. Enteng. Saya fikir ancaman Taliban. Hotel Serena yang saya akan tinggal pernah dibom & dimasuki Taliban bagi membunuh beberapa orang luar.

Baru2 ini Taliban kembali menguasai Kabul selepas Amerika undur diri. Nasib rakyat Afghan diancam lagi.

Saya tidak tahu apakah nasib mereka kali ini. Adakah pimpinan Taliban versi 2.0 mementingkan rakyat atau hanya diri serta idealogi mereka sendiri? Semua pihak cakap ingin berkhidmat untuk rakyat. Tapi berapa ramai yang benar2 berjiwa rakyat atau hanya menjadikan rakyat sebagai pemanis mulut.

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts